'Jangan kerana puntung rokok atau plastik makanan, imej negara tercalar'

Iklan
Zainal Fitri melihat tindakan pemberian notis yang diberikan kepada orang ramai sempena operasi berkenaan.

JOHOR BAHRU – Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp) Johor mahu menamatkan sepenuhnya budaya membuang sampah kecil di tempat awam, khususnya di lokasi tumpuan pengangkutan awam dan pintu masuk utama ke negeri ini.

Menurut Pengarah SWCorp Negeri Johor, Zainal Fitri Ahmad, setakat ini sebanyak 55 Notis Pemberitahuan Kesalahan (NPK) telah pun dikeluarkan terhadap individu yang melakukan kesalahan membuang sampah kecil merata-rata sejak awal 2026.

Iklan
Iklan

Katanya, jumlah tersebut, ia melibatkan 27 warga tempatan, lapan pelancong serta 20 pekerja warga asing yang dikesan melakukan kesalahan berkenaan.

"Pengeluaran notis itu merupakan pendekatan drastik bagi memastikan tahap kebersihan di kawasan yang menjadi nadi pengangkutan awam dan pintu masuk utama ke pusat bandar berada pada tahap tertinggi.

Iklan

“Jangan kerana puntung rokok atau plastik makanan, imej negara tercalar di mata pelancong lain.

“Oleh itu, SWCorp menegaskan bahawa semua pihak perlu sedar bahawa Malaysia bukanlah tempat untuk membuang sampah sesuka hati,” katanya kepada pemberita pada sidang akhbar sempena Operasi Gempur Kutu Sampah di Terminal Pengangkutan Awam JB Sentral di sini pada Selasa.

Iklan

Tambahnya, setakat ini SWCorp telah melengkapkan kertas pertuduhan dan akan menuduh dua warga asing di Mahkamah Majistret Johor Bahru, Jumaat ini mengikut Seksyen 71(1) Akta Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam 2007 (Akta 672).

Sementara itu, Zainal Fitri berkata, operasi berkenaan membawa mesej jelas bahawa SWCorp tidak akan berkompromi terhadap tindakan membuang sampah merata-rayayang dilihat mampu mencemarkan imej negeri.

Malah katanya, nemandangkan Johor dijangka menerima limpahan pengunjung dari dalam dan luar negara sempena Tahun Melawat Johor 2026, SWCorp mengingatkan semua pengguna pengangkutan awam khususnya di JB Sentral agar sentiasa menjaga kebersihan.

“Jangan biarkan sikap tidak bertanggungjawab ini menjadi penghalang kepada usaha memartabatkan Johor sebagai destinasi bertaraf dunia.

“Kami di SW Corp tidak akan teragak-agak mengambil tindakan undang-undang ke atas sesiapa sahaja demi memastikan tiada lagi individu yang berani membuang sampah termasuk sampah kecil di tempat awam,” katanya.