RXZ Forever Legend: JPJ akan lakukan pemeriksaan rawak terhadap peserta
Iklan
Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Kelantan, Mohd Misuari Abdullah. Foto Bernama.
KOTA BHARU – Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Kelantan akan melaksanakan pemeriksaan secara rawak terhadap penunggang dan pembonceng motosikal di program RXZ Forever Legend yang bakal berlangsung di RTC Tunjong, di sini, pada 6 dan 7 Februari ini.
Pengarah JPJ Kelantan, Mohd Misuari Abdullah, berkata, tumpuan pemeriksaan merangkumi aspek keselamatan dan pematuhan undang-undang jalan raya sebelum, semasa dan selepas program.
Iklan
Iklan
“Fokus utama pemeriksaan ialah pemakaian topi keledar, tahap pengubahsuaian motosikal termasuk penggunaan ekzos terlalu bising.
"Ini bertujuan memastikan keselamatan pengguna jalan raya terpelihara dan pematuhan undang-undang jalan raya terus dipatuhi oleh semua peserta program,” katanya.
Iklan
Beliau berkata demikian selepas Merasmikan Kursus Peningkatan Jati Diri, Disiplin dan Profesionalisme Kakitangan serta Pelancaran Lagu Rasmi Queen Express di sini pada Isnin.
Turut hadir, Pengerusi Eksekutif Queen Ekspress, Mohd Suffian Daud.
Iklan
Menurut Mohd Misuari, setiap individu yang memiliki dan menunggang motosikal sepatutnya memahami tanggungjawab asas termasuk memiliki lesen memandu yang sah, cukai jalan dan perlindungan insurans tanpa perlu diingatkan.
Peserta terdiri pemandu bas yang mengambil kurus bergambar dengan tetamu yang hadir. ADILA SHARINNI WAHIDFoto: SINAR HARIAN/ADILA SHARINNI WAHID
Beliau berkata, setakat ini pihaknya belum menerima sebarang arahan khusus daripada ibu pejabat berhubung penguatkuasaan khas sempena program berkenaan, namun pemantauan tetap akan dilaksanakan seperti biasa.
“Dari segi penguatkuasaan, kami ada pasukan risikan dan pasukan pemantau sendiri.
“Kami tidak akan biarkan keadaan begitu sahaja dan jika ada kesalahan, tindakan akan diambil,” katanya.
Mengulas kehadiran peserta, beliau berkata, program sedekimian bukan kali pertama dianjurkan dan kebanyakan peserta sebelum ini menunjukkan sikap berdisiplin serta boleh menerima teguran.
“Jika dokumen tidak lengkap atau menggunakan motosikal dengan pengubahsuaian ekstrem dinasihatkan supaya tidak hadir.
“Kalau lengkap, motosikal dalam keadaan standard dan datang dengan sikap berhemah, silakan hadir, kami alu-alukan,” katanya.
Beliau turut mengingatkan peserta supaya mengelakkan aksi berbahaya atau berlumba memandangkan laluan ke lokasi program turut melalui jalan kampung.
Akhbar sebelum ini melaporkan program berkenaan dianjurkan sebuah badan bukan kerajaan (NGO) dan difahamkan mendapat kelulusan kerajaan negeri serta pihak polis.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="'Terima kasih PM, gantikan titi gantung berusia 24 tahun dengan jambatan'"><meta itemprop="description" content="Penduduk di Kampung Chatel Damai, Lata Rek di Kuala Krai melahirkan rasa syukur dan berterima kasih kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di atas keprihatinan serta meluluskan peruntukan segera membina sebuah jambatan bagi menggantikan titi gantung berusia 24 tahun yang runtuh pada 1 Januari lalu.
Jambatan baharu sepanjang 35 meter dan boleh menampung berat sehingga 50 tan itu dianggarkan menelan belanja RM200,000 dimana ia bukan sahaja boleh dilalui pejalan kaki, motosikal tetapi kereta serta pacuan empat roda serta trak pikap.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/764660/edisi/kelantan/terima-kasih-pm-gantikan-titi-gantung-berusia-24-tahun-dengan-jambatan
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #titigantung #Kelantan"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-01-19T08:08:29.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/v/ZsA5Y1fRUPzy-JQX-/x180"><meta itemprop="duration" content="P200S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xxgjo.html?video=x9y22xu"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xxgjo.js" data-video="x9y22xu"></script>