[VIDEO] 'Terima kasih PM, gantikan titi gantung berusia 24 tahun dengan jambatan'

Iklan

KUALA KRAI - Penduduk di Kampung Chatel Damai, Lata Rek di sini melahirkan rasa syukur dan berterima kasih kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di atas keprihatinan serta meluluskan peruntukan segera membina sebuah jambatan bagi menggantikan titi gantung berusia 24 tahun yang runtuh pada 1 Januari lalu.

Penduduk di Kampung Chatel Damai, Lata Rek, Kuala Krai melahirkan rasa syukur dan berterima kasih kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di atas keprihatinan serta meluluskan peruntukan segera membina sebuah jambatan bagi menggantikan titi gantung berusia 24 tahun yang runtuh pada 1 Januari lalu. Gambar kecil: Wan Syukri Wan Isa (kiri) dan Azmi Daud.

Iklan
Iklan

Jambatan baharu sepanjang 35 meter dan boleh menampung berat sehingga 5 tan itu dianggarkan menelan belanja RM200,000 dimana ia bukan sahaja boleh dilalui pejalan kaki, motosikal tetapi kereta serta pacuan empat roda serta trak pikap.

Sebelum ini titi gantung yang digunakan oleh 50 penghuni di enam buah rumah serta menjadi 'penghubung' utama ratusan penduduk untuk berulang alik ke kebun getah, sawit dan buah-buahan mereka di sini hanya boleh dilalui pejalan kaki, motosikal sahaja.

Iklan

Azmi terpaksa berjalan kaki setiap kali menyeberangi titi gantung dan meninggalkan motosikalnya di seberang berhampiran kebun.

Penduduk, Wan Syukri Wan Isa, 54, berkata, dia tidak pernah menyangka tragedi titi gantung runtuh semasa majlis perkahwinan anak keduanya baru-baru ini membawa berita gembira kepada semua penduduk kampung.

Iklan

"Pada hari kejadian ada yang cedera, patah kaki dan sehingga sekarang belum pulih. Bagaimanpun kami bersyukur peristiwa itu mendapat perhatian Perdana Menteri dan kami kini bakal mendapat jambatan baharu yang dijangka siap sebelum Aidilfitri ini.

"Terima kasih Perdana Menteri kerana gantikan titi gantung ini dengan jambatan yang lebih kukuh serta boleh digunakan oleh pelbagai kenderaan," katanya kepada pemberita ketika ditemui pada Isnin.

Bagi penoreh, Azmi Daud, 65, memberitahu, dia sebelum ini terpaksa menyeberangi Sungai Chatel untuk memunggah hasil getah serta tanaman lain dari kebun.

Ujarnya, setiap kali melalui titi gantung dia terpaksa berjalan kaki dan meninggalkan motosikalnya di seberang berhampiran kebun.

Penduduk di Kampung Chatel Damai, Lata Rek, Kuala Krai melahirkan rasa syukur dan berterima kasih kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di atas keprihatinan serta meluluskan peruntukan segera membina sebuah jambatan bagi menggantikan titi gantung berusia 24 tahun yang runtuh pada 1 Januari lalu.

"Sudah lama saya serta penduduk lain menggunakan titi gantung ini. Ia sudah terlalu uzur serta merbahaya. Alhamdulillah dengan adanya jambatan baharu nanti ia memudahkan kami untuk bekerja," katanya.

Sementara itu, menurut Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JPKKP) Kampung Lata Rek, Mohd Zamri Mohd Noor, kerja-kerja menyiapkan jambatan baharu sudah bermula sejak Sabtu lalu.

Beliau berkata, hari ini (Isnin) sudah memasuki hari ketiga dimana proses mencuci kawasan sedang dilakukan.

Mohd Zamri menunjukkan pembinaan jambatan baharu menggantikan titi gantung di Kampung Chatel Damai, Lata Rek, Kuala Krai sudah memasuki hari ketiga selepas ia runtuh pada 1 Januari lalu

Ujarnya, dengan siapnya kemudahan baharu itu akan melegakan penduduk yang sebelum ini terpaksa menyeberangi sungai dengan arus yang deras menggunakan kenderaan setiap kali ingin memunggah hasil kebun serta ketika berlaku kecemasan.

"Ia dijangka siap sebelum Aidilfitri ini. Kami di sini sangat berterima kasih kepada Perdana Menteri kerana cepat bertindak.

"Titi gantung runtuh pada 1 Januari dan projek bina jambatan baharu bermula tidak sampai dua minggu. Jambatan baharu ini sangat diperlukan kerana ia digunakan hampi 90 peratus penduduk di sini," katanya.