Tiga juta pokok ditanam bawah projek REleaf

Iklan
Juan Aranols (tengah) bersama barisan kepimpinan dan sukarelawan Nestle meraikan kejayaan penutup Project RELeaf dengan mencapai sasaran penanaman tiga juta pokok di seluruh negara.

NESTLE Malaysia berjaya menanam sebanyak tiga juta pokok di seluruh negara sejak 2021, meliputi kawasan seluas kira-kira 1,650 hektar di bawah Projek RELeaf.

Pencapaian itu menjadikan inisiatif berkenaan sebagai program penanaman semula hutan sektor swasta terbesar di Malaysia, sekali gus mengukuhkan komitmen syarikat dalam memulihkan ekosistem hutan dan menyokong usaha Kerajaan menerusi inisiatif Menghijaukan Malaysia: Penanaman 100 Juta Pokok.

Iklan
Iklan

Ketua Pegawai Eksekutif Nestlé Malaysia, Juan Aranols berkata, pencapaian tersebut mencerminkan peranan penting sektor korporat dalam melindungi alam sekitar demi kelangsungan generasi akan datang.

“Projek RELeaf merupakan detik yang amat membanggakan dalam perjalanan ESG kami. Walaupun Malaysia mempunyai lebih 54 peratus keluasan hutan, usaha pemuliharaan dan pemulihan perlu diteruskan secara berterusan,” katanya dalam satu kenyataan.

Iklan

Menurut beliau, bagi mengekalkan momentum tersebut, Nestlé Malaysia akan melancarkan fasa seterusnya projek penanaman semula hutan dengan sasaran menanam tiga juta lagi pokok dalam tempoh lima tahun akan datang.

Projek RELeaf dilaksanakan menerusi kerjasama strategik dengan Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia, Jabatan Hidupan Liar Sabah, Persatuan Pencinta Alam Malaysia (MNS) serta rakan industri perladangan termasuk SD Guthrie, TDM Plantation, IOI Plantation, Sabah Softwoods, Sawit Kinabalu dan Ikhasas.

Iklan

Berteraskan prinsip 3R – Reforest (Menanam Semula), Restore (Memulihkan) dan Respect (Menghormati), inisiatif ini memberi tumpuan kepada pemulihan zon tebing sungai dan koridor hidupan liar, selain menyokong habitat spesies terancam seperti orang utan, monyet proboscis dan Harimau Malaya.

Projek tersebut turut mengutamakan penanaman spesies pokok asli seperti Ketapang, Bintangor Laut, Bongkol, Pulai dan Sentang bagi meningkatkan kepelbagaian biologi. Dalam tempoh 10 tahun akan datang, kawasan yang dipulihkan dijangka mampu menyerap sehingga 700,000 tan karbon, menyumbang kepada sasaran negara ke arah ekonomi rendah karbon.

Wakil komuniti yang juga Ketua Komuniti Anak Pokok Kinabatangan (KAPOK), Hasidin Ahmit berkata, penglibatan dalam projek tersebut telah membawa perubahan besar kepada kehidupan penduduk setempat.

“Latihan dan sokongan yang diterima bukan sahaja meningkatkan kemahiran kami, malah membuka peluang pendapatan lestari sambil memelihara alam sekitar dan hidupan liar,” katanya.