Indonesia ubah ejaan rasmi 10 negara, Thailand jadi Tailan

Iklan
Thailand dieja menjadi Tailan.- Agensi

JAKARTA – Indonesia memulakan langkah menyeragamkan ejaan rasmi nama negara bagi memastikan standard dalam dokumen rasmi, pendidikan dan komunikasi antarabangsa.

Menurut dokumen rasmi yang diperoleh CNBC Indonesia pada 19 Januari 2026, langkah ini berasaskan dokumen rasmi yang didaftarkan ke United Nations Group of Experts on Geographical Names (UNGEGN) pada 2025, dengan tujuan mengemas kini eksonim iaitu istilah asing bagi nama-nama tempat agar seiring dengan senarai rasmi UNGEGN 2021.

Iklan
Iklan

Menurut Badan Informasi Geospasial (BIG) bersama Badan Pengembangan dan Pembinaan Bahasa serta pakar linguistik Universiti Indonesia, usaha ini bertujuan untuk menyeragamkan penggunaan nama negara di semua platform rasmi, termasuk surat-menyurat antarabangsa, laporan kerajaan, bahan pendidikan, media massa dan media sosial.

“Tujuan utama adalah memastikan penulisan nama negara tepat dan konsisten, sekali gus mempermudah rujukan dalam semua konteks rasmi dan pendidikan,” menurut dokumen rasmi itu.

Iklan

Sepuluh negara yang mengalami perubahan ejaan rasmi adalah: Tanjung Hijau (Cabo Verde), Jibuti (Djibouti), Kirgistan (Kyrgyzstan), Liktenstin (Liechtenstein), Paraguai (Paraguay), Slowakia (Slovakia), Slowenia (Slovenia), Seisel (Seychelles), SieraLioni (Sierra Leone) dan Tailan (Thailand).

Usaha ini juga menyasarkan penggunaan ejaan yang konsisten dalam bahan pendidikan, buku teks, media massa, dan komunikasi rasmi agar rakyat dan pihak antarabangsa dapat mengikuti rujukan yang tepat.

Iklan

Langkah Indonesia ini menonjolkan keperluan untuk memperkemas bahasa rasmi negara dan menunjukkan komitmen negara terhadap ketepatan linguistik di peringkat global.- Agensi