Rumah Bangsa perlu jadi kenyataan sebelum PRU16 - Johari Ghani

Iklan
Johari menyampaikan ucapan penangguhan sempena PAU 2025 di Pusat Dagangan Dunia (WTC) pada Sabtu.

KUALA LUMPUR - Penubuhan Rumah Bangsa bagi menarik semula tokoh-tokoh berpengaruh untuk kembali bersama UMNO perlu dibuat sebelum Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16).

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Johari Abdul Ghani berkata, pelaksanaan sebelum tempoh pilihan raya penting berkenaan adalah untuk memastikan parti terbesar orang Melayu itu terus relevan dan dipercayai.

Iklan
Iklan

“Saya gembira dengan pengumuman untuk menubuhkan Rumah Bangsa ini. Saya tahu ada yang suka dan tidak suka tapi ini lumrah dalam parti. Saya berharap ia menjadi kenyataan sebelum sebelum PRU16 akan datang.

“Tanggungjawab kita sangat besar untuk memastikan UMNO terus relevan dipercayai dan memainkan peranan dalam menentukan masa depan negara, maka penyatuan orang Melayu ini penting.

Iklan

“Pergilah ke mana-mana di dunia ini, negara yang mempunyai sesuatu kaum majoriti… negara itu tidak akan stabil kalau komuniti majoriti sudah berpecah hingga tidak lagi menjadi majoriti,” katanya ketika menyampaikan ucapan penangguhan sempena Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2025 di Pusat Dagangan Dunia (WTC) di sini pada Sabtu.

Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid ketika menyampaikan ucapan dasar pada Jumaat mengumumkan penubuhan Jawatankuasa Penyatuan Rumah Bangsa bagi menerima kemasukan atau penyertaan semula bekas ahli parti itu.

Iklan

Mengulas lanjut, Johari berkata, mana-mana negara yang hilang kepercayaan dalam kaum majoriti sukar untuk kembali berkuasa.

Sementara itu, dalam ucapan sama, beliau yang juga Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri turut menegaskan UMNO tidak perlu takut dengan DAP.

Katanya, UMNO perlu bersedia untuk menuju ke arah politik masa depan yang tidak hanya bergantung kepada emosi dan retorik semata-mata.

“Ini politik masa hadapan, kita tidak perlu takut kepada sesiapa. Kenapa kita perlu takut dengan DAP? Saya tidak rasa ada sebab pun kita perlu takut dengan DAP.

“Kita tidak pernah takut dengan Gerakan, MCA dan mana-mana parti bukan berteraskan Melayu. Apa yang perlu kita takut apabila Melayu tidak bersatu,” katanya.