Wan Rosdy dedah anak orang Pas minat sertai Sekolah Patriotik UMNO

Iklan
Wan Rosdy menyampaikan ucapan penggulungan pada Perhimpunan Agung UMNO 2025 di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) pada Sabtu. Foto Bernama

KUALA LUMPUR - Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail mendedahkan ramai anak muda berminat untuk sertai Sekolah Patriotik UMNO (SPU) termasuk anak orang Pas.

Wan Rosdy berkata, menerusi SPU pelajar tidak ditarbiah (brainwash) untuk sertai UMNO, tetapi diberi pendedahan dan pandangan untuk mereka buat pilihan.

Iklan
Iklan

“Kita terima permohonan yang banyak dan ramai anak muda ini bukan sahaja anak-anak orang UMNO tapi ada juga anak orang Pas sertai SPU.

“Walaupun ada dalam kalangan pelajar bukan ahli UMNO tetapi lepas pengajian mereka dengan rela hati mengisi borang keahlian dan bertemu dengan ketua-ketua bahagian menawarkan diri untuk menyumbang di peringkat bahagian,” ujarnya.

Iklan

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan penangguhan Naib Presiden UMNO sempena Perhimpunan Agung UMNO (PAU) di Pusat Dagangan Dunia (WTC) di sini pada Sabtu.

Sementara itu, Wan Rosdy turut menasihati rakan gabungan Kerajaan Perpaduan agar menjaga tutur kata dan elak daripada membuat kenyataan biadab.

Iklan

Wan Rosdy turut memberi amaran agar tidak cuba merosakkan rumah UMNO.

“Kesabaran dan tolak ansur UMNO ada hadnya. UMNO tidak pernah masuk campur dalam urusan parti mereka, tak pernah ganggu jadi jangan sesekali masuk rosakkan rumah UMNO ini.

“Hormati kami ada batasannya,buat baik dengan kita, kita boleh buat baik tetapi jika sebaliknya kita boleh balas balik kepada mereka,” ujarnya.

Dalam ucapan tersebut, beliau turut menyatakan pendirian tetap berhubung keadilan buat bekas Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Tambahnya, ini bukan soal individu semata-mata tapi keadilan dan kemanusiaan.

“Sebab itu saya secara peribadi rasa terharu keberanian Presiden, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dalam ucapan beliau memohon dan merayu Yang di-Pertuan Agong agar Najib dikembalikan ke pangkuan keluarga dan bersama parti yang dibina penuh pengorbanan,” ulasnya.