UMNO tidak pernah bersama DAP - Tok Mat

Iklan

KUALA LUMPUR - UMNO dan DAP hanya bekerjasama untuk menguruskan negara mengikut perjanjian yang dimeterai dan bukanya bersama bagi membentuk kerjasama politik.

Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, kerjasama itu dijalinkan bagi membentuk kerajaan selepas pilihan raya umum (PRU) lalu.

Iklan
Iklan

"Kita tidak pernah pun bersama DAP. Kita membuat perjanjian untuk menguruskan negara.

"UMNO atau Barisan Nasional (BN) berjanji kerana kita hendak menyelamat dan menguruskan negara kerana negara tidak berkerajaan selama lebih lima hari selepas pilihan raya...pertama kalinya," katanya.

Iklan

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melawat Laman Media pada Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2025 di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTC KL) pada Sabtu.

Media sebelum ini melaporkan, Penolong Setiausaha Agung Pas, Syahir Che Sulaiman menyarankan UMNO memulakan langkah pertama dengan meninggalkan DAP bagi menjayakan agenda “Rumah Bangsa”.

Iklan

Dalam pada itu, Mohamad menegaskan semula sebab UMNO/BN bersetuju membentuk kerajaan bersama PH adalah demi kesejahteraan Malaysia kerana negara perlu diuruskan.

"Membiarkan negara tanpa berkerajaan adalah suatu perkara yang amat tidak baik kerana rakyat akan menerima akibat dan seterusnya menderita.

"Jadi, kita berada dalam kerajaan ada perjanjian. Kita bukan 'serah tengkuk', ada red line (garis merah) yang kita letak.

"Itu sebabnya saya mengingatkan semua, jika ramai orang terlupa terutama rakan-rakan kita, saya sebut dalam ucapan perasmian (Perhimpunan Agung) Pemuda, Wanita dan Puteri bahawa walaupun berada dalam Kabinet yang sama, 'don't take us for granted' (jangan menganggap remeh kewujudan kita)," katanya.