Lelaki komplot adik-beradik penggal isteri, kepala disorok dalam tong

Iklan
Leher mangsa dikelar sebelum kepalanya dipenggal. Foto hiasan

LUCKNOW - Seorang lelaki tergamak membunuh isterinya dengan bantuan tiga adik-beradiknya yang lain kerana pertikaian harta.

Menurut polis, tubuh mangsa dikenali sebagai Lata Devi turut dikerat kepada dua bahagian dalam kejadian mengerikan di Firozabad, Uttar Pradesh di India.

Iklan
Iklan

"Pelaku, Ashutosh menyembunyikan kepalanya di dalam sebuah tong manakala badan isterinya ditinggalkan di atas katil bayi di rumah mereka.

"Siasatan awal mendapati pasangan itu berkahwin kira-kira 26 tahun lalu. Mereka bagaimanapun terlibat dalam konflik harta yang berpanjangan.

Iklan

"Adik-beradik suspek kemudiannya campur tangan dan berkomplot melakukan pembunuhan kejam itu pada malam Isnin lalu," ujar jurucakap pihak berkuasa.

Bapa mangsa percaya menantunya mungkin telah dihasut adik-beradik lelakinya hingga melakukan tindakan tidak berperikemanusiaan itu.

Iklan

Sementara itu, ahli keluarga Devi mendakwa, leher wanita malang itu dikelar sebelum kepalanya dipenggal.

Difahamkan, Ashutosh kini ditahan polis untuk membantu siasatan kes itu yang diklasifikasikan sebagai perselisihan keluarga. - Agensi