Wanita ditemukan maut bersama suami seorang ceria, peramah - Rakan

Iklan
Tular foto di media sosial mengenai kematian suami isteri dalam keadaan tragis di Sri Aman pada Rabu.

SRI AMAN - Wanita yang ditemukan meninggal dunia bersama suaminya di sebuah rumah di Jalan Brayun di sini pagi Rabu merupakan seorang yang ceria dan peramah.

Rakan sekerja mangsa, Awi Mahiden, 53, yang juga Jururawat Kanan di Hospital Sri Aman berkata, wanita itu sering menghidupkan suasana di dalam wad dan pemergiannya amat dirasai rakan-rakan.

Iklan
Iklan

"Saya sangat terkejut kerana semalam kami masih bekerja dan minum bersama. Dia seorang yang ceria, lemah lembut dan suka membantu. Apabila dia tiada, suasana menjadi sunyi,” katanya yang ditemui pemberita di Unit Forensik Hospital Sri Aman 2 di sini pada Rabu.

Seorang lagi rakan sekerja mangsa, Benedict Engkasan, 30, berkata, wanita itu aktif dalam aktiviti menari selain seorang yang mudah mesra dan sering menyebarkan aura positif.

Iklan

"Kami memang satu kumpulan menari, setiap kali aktiviti, dia sentiasa ceria, tersenyum dan menyapa semua orang. Walaupun tersalah langkah, dia tetap ketawa. Kejadian ini benar-benar mengejutkan,” katanya.

Terdahulu, Pesuruhjaya Polis Sarawak, Datuk Mohamad Zainal Abdullah dilaporkan berkata, seorang guru besar sekolah rendah di Sri Aman dan isterinya ditemukan maut di Jalan Brayun di sini awal pagi Rabu dengan kesan kecederaan serius di bahagian tubuh.

Iklan

Pihak polis menerima maklumat daripada orang awam berhubung penemuan pasangan berusia 45 dan 44 tahun itu dalam keadaan tidak sedarkan diri dengan kecederaan serius pada jam 6.55 pagi.

Kes sedang disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan. - Bernama