Jae Myung, Takaichi jamming bersama

Iklan
Takaichi (kanan) merealisasikan impian Jae Myung yang mahu bermain dram.

NARA – Perdana Menteri Jepun, Sanae Takaichi dan Presiden Korea Selatan, Lee Jae Myung bermain dram bersama sebagai simbol persahabatan selepas sidang kemuncak di Nara pada Selasa.

Persembahan mengejut itu menyaksikan kedua-dua pemimpin tersebut memainkan dua lagu K-pop berjudul Dynamite yang dipopularkan oleh BTS dan Golden daripada filem animasi, Demon Hunters.

Iklan
Iklan

Takaichi mengetuai sesi jamming tersebut dengan menunjukkan bakat terpendam beliau bermain dram.

Difahamkan, kedua-duanya mengadakan perbincangan pertama di luar Sidang Kemuncak Kerjasama Ekonomi Asia-Pasifik (APEC) di Korea Selatan pada akhir Oktober lalu.

Iklan
Iklan

"Ketika saya bertemunya di APEC, Jae Myung memberitahu bahawa bermain dram merupakan impiannya. Oleh itu, saya mengatur sesi tersebut sebagai kejutan buatnya," menurut Takaichi di platform X. - Agensi