Kerajaan tekad perkukuh hal ehwal Islam secara inklusif, berpaksi Perlembagaan
Iklan
Anwar menghadiri Mesyuarat Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia (MKI) Kali Ke-74 yang dipengerusikan oleh Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah.
PUTRAJAYA – Kerajaan menzahirkan komitmen untuk terus memperkukuh pengurusan hal ehwal Islam di negara ini secara inklusif dan berkesan, berteraskan Perlembagaan Persekutuan.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, usaha itu akan dilaksanakan menerusi semangat musyawarah antara Kerajaan Persekutuan dan negeri-negeri demi kesejahteraan umat serta keharmonian negara.
Iklan
Iklan
"Kerajaan Madani akan terus membulatkan tekad untuk memperkukuh urusan hal ehwal Islam secara inklusif dan berkesan melalui semangat musyawarah antara negeri.
"Ia berpaksikan Perlembagaan Persekutuan serta didukung oleh nilai dan aspirasi Malaysia Madani demi kesejahteraan umat dan keharmonian negara yang berpanjangan," katanya menerusi satu hantaran di laman Facebook beliau pada Selasa.
Iklan
Terdahulu, beliau menghadiri Mesyuarat Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia (MKI) Kali Ke-74 yang dipengerusikan oleh Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah.
Mengulas lanjut mengenai mesyuarat berkenaan, Anwar berkata, pertemuan itu mencerminkan semangat muafakat dan kebersamaan dalam merangka pandangan serta keputusan strategik demi kepentingan umat Islam.
Iklan
Jelas beliau, keputusan yang diambil adalah selaras dengan keperluan semasa dan realiti masyarakat majmuk di Malaysia.
Dalam pada itu, Perdana Menteri turut menjunjung kasih atas titah Sultan Nazrin yang menekankan aspek amanah kepimpinan, pemerkasaan pendidikan serta pengurusan hal ehwal Islam.
"Titah dan nasihat Tuanku amat bermakna dan wajar dihayati bersama sebagai panduan dalam mendepani cabaran semasa, di samping membina kekuatan nilai, ilmu dan nurani umat Islam di negara ini," ujarnya.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Wan Ahmad Fayhsal cadang Shuhaily dilantik dalam pasukan siasat mafia korporat"><meta itemprop="description" content="Ahli Parlimen Machang, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal mencadangkan Ketua Pengarah Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan (AKPS), Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain dilantik menganggotai pasukan petugas khas antara agensi bagi menyiasat jenayah kewangan, khususnya kegiatan mafia korporat.
Wan Ahmad Fayhsal (PN-Machang) berkata, cadangan itu mengambil kira pengalaman luas Mohd Shuhaily dalam bidang penguatkuasaan, termasuk ketika berkhidmat di AKPS dan sebagai Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/802998/berita/nasional/wan-ahmad-fayhsal-cadang-shuhaily-dilantik-dalam-pasukan-siasat-mafia-korporat
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #Parlimen #Shuhaily"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-11-02T12:18:29.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/v/gYOSQ1gw7-ZolpfWB/x1080"><meta itemprop="duration" content="P121S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbsw4ka"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbsw4ka"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbsw4ka"></script>