KINABATANGAN – Kesemua calon bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kinabatangan dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Lamag telah selesai menyerahkan borang pencalonan masing-masing kepada pegawai Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) di pusat penamaan calon di Dewan Sri Lamag, di sini pada Sabtu.
Calon terakhir yang menyerahkan borang pencalonan ialah calon Bebas, Goldam Hamid yang selesai berbuat demikian pada jam 9.52 pagi.
Iklan
Iklan
Setakat ini, dua calon dari Barisan Nasional (BN) telah menyerahkan borang pencalonan masing-masing sekitar jam 9.05 pagi, iaitu Mohd Naim Kurniawan Moktar bagi kerusi Parlimen Kinabatangan dan Mohd Ismail Ayob atau Miha bagi kerusi DUN Lamag.
Sementara itu, Parti Warisan turut menampilkan dua calon, iaitu Datuk Saddi Abd Rahman bagi kerusi Parlimen Kinabatangan dan Mazliwati Abd Malek bagi DUN Lamag.
Proses penyerahan borang pencalonan ditutup secara rasmi pada jam 10 pagi, sekiranya tiada calon lain hadir untuk menyertai PRK bagi kedua-dua kerusi berkenaan.