Guru parah motosikal bertembung kereta hilang kawalan

Iklan
Keadaan kenderaan yang terlibat dalam kemalangan di kilometer 37, Jalan Sungai Rengit – Kota Tinggi pada Jumaat - Foto IPD Kota Tinggi

KOTA TINGGI – Seorang guru cedera parah selepas motosikal yang ditunggangnya terlibat dalam kemalangan di kilometer 37, Jalan Sungai Rengit – Kota Tinggi pada Jumaat.

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintenden Yusof Othman berkata, pihaknya menerima maklumat mengenai kejadian tersebut pada jam 12.45 tengah hari.

Iklan
Iklan

“Siasatan mendapati kemalangan melibatkan sebuah motosikal jenis Honda RSX yang ditunggang oleh seorang lelaki warga tempatan berusia 42 tahun yang bertugas sebagai guru di Sekolah Kebangsaan (SK) Bandar Easter, di sini dengan sebuah kereta jenis Perodua Bezza yang dipandu oleh lelaki tempatan berusia sama.

“Ketika tiba di lokasi kejadian, kereta Perodua Bezza didapati hilang kawalan dan memasuki laluan bertentangan sebelum bertembung dengan motosikal ditunggang mangsa,” katanya dalam satu kenyataan akhbar, pada Jumaat.

Iklan

Akibat pertembungan itu, penunggang motosikal mengalami kecederaan parah dan kini menerima rawatan di Hospital Kota Tinggi manakala pemandu kereta tidak mengalami sebarang kecederaan.

Kes masih dalam siasatan dan diklasifikasikan di bawah Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Iklan

Jika sabit kesalahan, pesalah boleh dikenakan denda tidak kurang RM5,000 dan tidak lebih RM10,000, serta boleh dipenjara sehingga 12 bulan.

Tambah Yusof, orang ramai dinasihatkan supaya sentiasa peka dan mematuhi undang-undang serta peraturan jalan raya demi menjaga keselamatan semua pengguna jalan raya.