Manchester United... kalau tak kalah, seri

Iklan
Dalam aksi tersebut, United masih dihantui masalah pengurusan perlawanan.

DI Turf Moor, ketika kemenangan sudah di depan mata, keputusan seri pula menjadi penamat.

Situasi berkenaan bukan perkara asing buat Manchester United musim ini dan berkemungkinan akan terus berulang.

Iklan
Iklan

Di bawah kendalian pengurus interim Darren Fletcher, United sempat mendahului hasil dua gol Benjamin Sesko.

Itu sudah cukup untuk memberi harapan, apatah lagi selepas penyerang tersebut lama bergelut menyesuaikan diri.

Iklan

Namun seperti skrip yang berulang, kelebihan tidak bertahan lama apabila gol penyamaan Burnley hadir enam minit selepas United mendahului 2-1di babak kedua, sekali gus menyaksikan The Red Devils keciciran mata.

Dalam aksi tersebut, United masih dihantui masalah pengurusan perlawanan.

Iklan

Ketika sudah mendahului tuan rumah, United gagal mengawal tempo, gagal memperlahankan permainanbdan gagal bertahan dengan disiplin.

Sepanjang perlawanan, Burnley diberi ruang untuk bangkit, sesuatu yang terlalu kerap berlaku musim ini.

Corak sama dapat dikesan dalam keputusan menentang Wolves dan Leeds United apabila kemenangan hampir diraih tetapi akhirnya seri.

Statistik di Turf Moor mungkin memihak United daripada segi peluang dicipta tetapi bola sepak menuntut lebih daripada itu kerana ia memerlukan ketenangan, kebijaksanaan dan ketegasan ketika mendahului.

Fletcher mungkin baharu memulakan tugas, namun realiti yang dihadapinya telah lama berlarutan.

Jika tidak tewas, United seri. Jika tidak seri, mereka berisiko tewas dan selagi masalah ini tidak diselesaikan, musim United akan terus terperosok di tempat yang sama.