Sabah FC beri ruang JDT berpesta gol

Iklan
Bergson cuba melepasi kawalan pemain Sabah FC dalam pertembungan Liga Super di Likas.

PEMANGKU Ketua Jurulatih Sabah FC, Alto Linus mengakui pemainnya memberikan terlalu banyak ruang kepada Johor Darul Ta'zim (JDT) semasa pertembungan Liga Super di Stadium Likas pada Ahad.

Menurut Alto, Sabah FC dihukum kerana kesilapan berulang yang menyaksikan mereka terpaksa menelan kekalahan 1-6 di hadapan penyokong sendiri.

Iklan
Iklan

Kekalahan itu menyaksikan skuad Badak jatuh ke tangga ke-11 liga dengan hanya mengumpul 14 mata selepas mengharungi 15 perlawanan.

“Secara keseluruhan, banyak aspek permainan kita perlu diperbaiki terutama kesilapan yang menyebabkan gol lawan. Jika tidak diperbaiki, ia akan berulang.

Iklan

“Kita lihat bila berdepan JDT, kesilapan kecil pun mereka segera ambil kesempatan. Itu yang terjadi malam ini,” katanya.

Dalam perlawanan tersebut, JDT menguasai 65 minit perlawanan dengan pesta gol Harimau Selatan dimulakan Bergson Da Silva menerusi sepakan penalti pada minit kelapan.

Iklan

Ia kemudian disusuli dua jaringan oleh bekas penyerang Sabah yang kini bersama JDT, Ajdin Mujagic pada minit ke-21 dan ke-39, dua jaringan Oscar Aribas pada minit ke-24 dan ke-47, manakala satu lagi jaringan dihasilkan Manuel Federico Hidalgo pada minit ke-45.

Sabah mendapat gol tunggal pada minit ke-88 hasil jaringan penyerang baharunya, Chris Marlon Ondong, sekali gus mengubah kedudukan kepada 1-6 hingga tamat perlawanan.

Kekalahan itu menyaksikan skuad Badak jatuh ke tangga ke-11 Liga Super dengan hanya mengumpul 14 mata selepas mengharungi 15 perlawanan.