51 kereta musnah dalam kebakaran bengkel di Sungai Buloh

Iklan
Sebanyak 51 kereta musnah dalam kebakaran bengkel servis dan cat milik pengeluar kereta tempatan di Sungai Buloh - Foto: Bomba Selangor

KUALA LUMPUR - Sebanyak 51 buah kereta musnah dalam kebakaran sebuah bengkel servis dan mengecat kenderaan milik pengeluar kereta tempatan di Sungai Buloh dekat sini petang tadi.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian berkenaan pada jam 5.17 petang dan anggota dan pegawai daripada Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sungai Buloh tiba di lokasi kejadian pada 5.33 petang.

Iklan
Iklan

"Anggota daripada BBP Damansara, Rawang, Bukit Jelutong dan Petaling Jaya turut dikerah ke lokasi kejadian.

"Sebanyak 27 anggota dan pegawai bersama lima jentera dan dua lori tangki air terlibat dalam usaha memadam kebakaran berkenaan,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Iklan

Ahmad Mukhlis berkata, kebakaran melibatkan sebuah bengkel servis dan cat kereta jenis bangunan kelas B berkeluasan 200 x 200 kaki persegi.

Beliau berkata, kebakaran berjaya dikawal sepenuhnya pada 6.28 petang dan kiraan awal mendapati sebanyak 51 buah kereta telah terbakar.

Iklan

"Punca kebakaran dan jumlah kerugian masih belum dikenal pasti,” katanya. - Bernama