Mayat dengan 12 tikaman: Tempoh reman dua rakan serumah mangsa disambung

Iklan
Laporan Sinar Harian mengenai kes mayat ditemukan dengan 12 kesan tikaman.

SEREMBAN - Tempoh reman terhadap dua individu yang ditahan sebelum ini berhubung penemuan mayat lelaki dengan kesan 12 tikaman di sebuah unit Pangsapuri Damai Ria, Mantin, Nilai pada 30 Disember lalu disambung enam hari lagi.

Ketua Polis Daerah Nilai, Superitenden Johari Yahya berkata, perintah lanjutan reman terhadap lelaki berusia 50 dan 51 tahun itu dikeluarkan oleh Majistret Seremban, Nurul Farha Sulaiman.

Iklan
Iklan

"Tempoh lanjutan reman kedua-dua lelaki itu yang juga merupakan teman serumah mangsa bermula pada 7 Januari hingga 12 Januari ini.

"Ia bagi membolehkan siasatan lanjut dilakukan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan," katanya.

Iklan

Media sebelum ini melaporkan, dalam kejadian kira-kira jam 11 pagi, seorang lelaki ditemukan maut di unit pangsapuri di Mantin dengan 12 kesan tikaman termasuk di belakang kepala, dada dan leher.

Berikutan itu, dua rakan serumah mangsa direman tujuh hari untuk siasatan lanjut.

Iklan

Polis turut memburu seorang suspek utama kes terbabit susulan rakaman kamera litar tertutup(CCTV) yang merakam kehadiran seorang lelaki ke pondok pengawal pangsapuri yang bertanyakan lokasi rumah mangsa pada 28 Disember lalu.

Lelaki tersebut dilihat datang memakai pelitup muka dan baju panas 'hoodie' menutup kepala.