Dua sahabat didakwa rompak berkumpulan

Iklan
Dua sahabat didakwa atas tuduhan melakukan rompakan berkumpulan.

KOTA BHARU - Dua sahabat mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini pada Isnin atas tuduhan melakukan rompakan berkumpulan ke atas seorang penunggang motosikal wanita bulan lalu.

Kedua-dua penganggur berkenaan, Mohammed Sanusi Dollah, 43, dan Azahar Hussin, 54, didakwa di hadapan Hakim, Nik Habri Muhamad.

Iklan
Iklan

Mengikut pertuduhan, mereka didakwa melakukan rompakan berkumpulan dengan cubaan mengambil harta milik pekerja kedai perkakas rumah iaitu seutas gelang tangan emas san sebuah beg duit sehingga mendatangkan kecederaan terhadap wanita tersebut.

Perbuatan itu dilakukan di Jalan Batu Tinggi, Kok Lanas di sini pada jam 6.20 petang, 22 Disember lalu.

Iklan

Mereka didakwa mengikut Seksyen 394 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan, jika disabitkan kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Kamarul Hasyime Rosli manakala kedua-dua tertuduh tidak diwakili peguam.

Iklan

Pada prosiding itu, Kamarul Hasyimie tidak mencadangkan sebarang jaminan kepada mereka kerana tuduhan serius yang dihadapi.

Mahkamah kemudian tidak membenarkan ikat jamin terhadap kedua-dua tertuduh.

Kes ditetapkan pada 19 Januari ini untuk sebutan semula kes.

Sebelum ini, tular rakaman televisyen litar tertutup di media sosial memaparkan sebuah motosikal ditunggang seorang wanita dihimpit sebuah kereta jenis Perodua Myvi.

Penumpang depan kereta cuba menarik barang berharga mangsa, namun mangsa menepis sebelum terjatuh dari motosikal.

Suspek kemudian keluar dari kereta dan mengejar wanita itu sehingga ke hadapan sebuah kedai ayam gunting serta sekali lagi cuba menarik gelang emas di tangan mangsa.

Semasa suspek berlari untuk memasuki kereta, orang awam berjaya merampas kembali beg duit mangsa sebelum lelaki itu menaiki kereta dipandu seorang lagi suspek dan melarikan diri. - Bernama