'AS perlu buktikan Maduro masih hidup'

Iklan
Kenderaan yang musnah dibedil di pangkalan tentera udara La Carlota di Caracas pada Sabtu. - Foto AFP

CARACAS - Naib Presiden, Delcy Rodriguez pada Sabtu menggesa Amerika Syarikat (AS) membuktikan pemimpin Nicolas Maduro yang 'ditawan' askar mereka masih hidup.

Menerusi panggilan telefon kepada stesen TV tempatan, Rodriguez menyatakan beliau tahu keberadaan Presiden tersebut bersama isterinya, Cilia Flores susulan operasi ketenteraan berskala besar yang menggegar Caracas dan beberapa bandar lain.

Iklan
Iklan

Ketika ini, beberapa sekutu Venezuela termasuk Iran, Cuba dan Rusia serta negara Kesatuan Eropah (EU) mengecam kempen pencerobohan tersebut yang disifatkan satu bentuk pelanggaran terhadap kedaulatan Caracas dan melanggar undang-undang antarabangsa.

Ketika gelombang kecaman semakin meningkat, AS dengan angkuh menyatakan operasi ketenteraan di Venezuela sudah tamat susulan 'penculikan' Maduro.

Iklan

Pengumuman itu dibuat seorang senator memetik kenyataan Setiausaha Negara AS, Marco Rubio.

"Beliau menjangkakan tiada tindakan selanjutnya di Caracas buat masa ini selepas Maduro kini berada dalam tahanan Washington," kata Senator Republikan, Mike Lee. - AFP

Iklan

 

.