KUANTAN- Semua 74 mangsa banjir daripada 15 keluarga di Pahang masih berada di pusat pemindahan sementara (PPS) di Sekolah Kebangsaan (SK) Ulu Atok, Raub.
Berdasarkan laporan Portal InfoBencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), sehingga jam 4 petang pada Jumaat, bilangan mangsa banjir dan PPS di negeri ini kekal seperti yang direkodkan pada jam 12 tengah hari.
Iklan
Iklan
Pahang kembali dilanda banjir susulan hujan lebat berterusan di beberapa kawasan di Raub pada Jumaat.
Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) Raub sebelum ini melaporkan, semua mangsa terpaksa dipindahkan ke PPS Sekolah Kebangsaan (SK) Ulu Atok yang dibuka kira-kira jam 6 pagi.
Menurutnya, banjir gelombang ketiga yang berlaku itu ekoran limpahan air Sungai Ulu Atok susulan hujan lebat berterusan sejak Khamis.
Mangsa terlibat merupakan penduduk yang kali pertama dilanda banjir bagi musim 2025/2026.
Dalam kejadian banjir melanda Pahang Disember tahun lalu, seramai 18,303 mangsa daripada 6,061 keluarga dioindahkan ke 170 PPS di lama daerah terjejas terdiri Kuantan, Maran, Pekan, Bera, Lipis, Rompin dan Jeratut.