Amaran hujan berterusan tahap waspada di Sarawak hingga 3 Januari

Iklan
MetMalaysia mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada di beberapa kawasan di Sarawak sehingga 3 Januari.

KUALA LUMPUR - Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada di beberapa kawasan di Sarawak sehingga 3 Januari

Ketua Pengarah MetMalaysia Dr Mohd Hisham Mohd Anip memaklumkan kawasan terlibat ialah Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman, Betong, Sarikei (Pakan, Sarikei dan Meradong), Sibu (Sibu dan Selangau), Mukah, Bintulu serta Miri (Subis, Beluru, Miri dan Marudi).

Iklan
Iklan

"Orang ramai boleh mendapatkan maklumat cuaca terkini melalui laman sesawang atau media sosial rasmi jabatan atau aplikasi mobil myCuaca.

"Talian hotline MetMalaysia 1-300-22-1638 boleh dihubungi bagi sebarang pertanyaan lanjut,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Iklan

Sementara itu, MetMalaysia turut mengeluarkan amaran ribut petir meliputi kawasan Klang, Gombak, Petaling, Kuala Langat, Hulu Langat dan Sepang di Selangor serta Kuala Lumpur dan Putrajaya sehingga 2 petang ini. - Bernama

 

Iklan