Gara-gara diminta henti berniaga, lelaki nekad bunuh ibu rakan

Iklan
Lokasi kediaman mangsa yang mati ditikam oleh suspek. Sumber foto: Detiknews.com

BANTEN - Seorang lelaki nekad membunuh ibu kepada rakannya gara-gara tersinggung dengan kata-kata mangsa mengenai perniagaan yang dijalankan olehnya.

Ketua penyiasat bagi unit jenayah di Polresta Serang Kota, Kompol Alfano Ramadhan berkata, suspek berinisial SI menjalankan perniagaan kerepek pisang bersama anak mangsa.

Iklan
Iklan

Ujar Alfano, bagaimanapun perniagaan tersebut didakwa tidak menunjukkan sebarang perkembangan yang ketara sejak beberapa bulan lalu.

“Mangsa sakit hati kerana perniagaannya tidak menunjukkan sebarang kemajuan dan diminta untuk menghentikan usaha berkenaan,” katanya pada Rabu.

Iklan

Kata-kata mangsa yang meminta suspek menghentikan perniagaan kerepek itu menyebabkan SI hilang pertimbangan.

Pada Isnin, kira-kira jam 3 petang, suspek bertindak nekad pergi ke rumah mangsa di Kampung Sidilem, Desa Telaga Luhur, Kecamatan Waringinkurung, Kabupaten Serang, Banten.

Iklan

Ketika kejadian, mangsa berada seorang diri di rumah. Suspek kemudian bertindak menikam mangsa menggunakan senjata tajam secara bertubi-tubi sehingga menyebabkan 34 luka tikaman di seluruh tubuh mangsa, yang akhirnya membawa kepada kematian.

Bagi menutup perbuatannya, SI sempat berlakon sebagai individu pertama menemui mayat mangsa dan melaporkannya kepada penduduk sekitar.

Meskipun berpura-pura sebagai saksi, pihak penyiasat mengesan beberapa kejanggalan dalam kenyataan SI.

SI akhirnya ditahan selepas polis menemui percanggahan antara keterangan yang diberikannya dengan fakta kejadian dan keterangan saksi lain.

“Tempoh pendedahan kes ini mengambil masa kira-kira enam jam sejak kejadian diketahui,” ujar Alfano.

Hasil siasatan lanjut oleh penyiasat Satreskrim Polresta Serang Kota mendapati SI tidak lagi mampu mengelak dan akhirnya mengaku keseluruhan perbuatannya.

Status SI kini dinaikkan daripada saksi kepada suspek pembunuhan.

“Akhirnya yang berkenaan mengaku telah membunuh mangsa,” katanya.