Ops Luxury: Lesen digantung tapi masih pandu kereta di jalan raya

Iklan
Antara kenderaan mewah yang disita.

MELAKA - Tindakan seorang lelaki yang masih memandu walaupun Lesen Memandu Kompeten (CDL) miliknya telah digantung mengundang padah apabila kenderaan mewah yang dipandunya disita oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Negeri Melaka.

Pengarah JPJ Melaka, Siti Zarina Mohd Yusop berkata, perbuatan itu merupakan satu kesalahan serius yang bukan sahaja melanggar undang-undang, malah boleh mengancam keselamatan pengguna jalan raya lain.

Iklan
Iklan

“JPJ Negeri Melaka memandang serius kesalahan memandu tanpa kelayakan yang sah dan menegaskan bahawa status kenderaan mewah tidak memberikan sebarang kekebalan daripada tindakan penguatkuasaan.

“Tindakan tegas akan terus diambil terhadap mana-mana individu yang didapati memandu ketika lesen digantung atau tidak mematuhi syarat pelesenan,” katanya menerusi kenyataan.

Iklan

JPJ menegaskan status kenderaan mewah tidak memberikan sebarang kekebalan daripada tindakan penguatkuasaan.

Beliau berkata, kes berkenaan dikesan menerusi Ops Luxury yang dilaksanakan bagi membanteras ketidakpatuhan undang-undang jalan raya melibatkan kenderaan mewah di sekitar Melaka.

Iklan

Katanya, dalam operasi itu, pasukan penguat kuasa JPJ Melaka menyita enam kenderaan mewah atas kesalahan Lesen Kenderaan Motor (LKM) tamat tempoh serta tiada perlindungan insurans yang sah.

“JPJ Melaka menasihatkan semua pemandu supaya sentiasa memastikan lesen memandu berada dalam tempoh sah dan tidak digantung.

“Selain itu, pastikan LKM serta perlindungan insurans kenderaan sentiasa diperbaharui bagi mengelakkan tindakan undang-undang yang lebih berat dikenakan. Tiada kompromi terhadap keselamatan jalan raya,” katanya.