Setiausaha PN Negeri Sembilan ikut langkah letak jawatan

Iklan
Affendy

SEREMBAN - Selain Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Negeri Sembilan yang meletakkan jawatan, Setiausaha PN negeri itu, Affendy Salleh turut mengambil langkah sama.

Setiausaha Parti Pribumi Bersatu (Bersatu) Negeri Sembilan itu membuat pengumuman tersebut menerusi hantarannya di Facebook sebentar tadi.

Iklan
Iklan

"Saya mengambil perhatian bahawa pelantikan saya selaku Setiausaha PN Negeri Sembilan adalah di bawah bidang kuasa Pengerusi PN Negeri Sembilan, Mohamad Hanifah Abu Baker.

"Sehubungan itu, saya dengan ini meletakkan jawatan sebagai Setiausaha PN Negeri Sembilan, berkuat kuasa 1 Januari 2026," katanya.

Iklan

Beliau turut merakamkan ucapan terima kasih atas kepercayaan dan peluang yang telah diberikan sepanjang menjalankan amanah tersebut.

"Saya juga memohon kemaafan atas sebarang kekhilafan dan kelemahan sepanjang tempoh perkhidmatan saya," katanya lagi.

Iklan

Sebelum itu, Mohamad Hanifah yang merupakan Pengerusi Bersatu Negeri Sembilan mengumumkan peletakan jawatannya.

Ia susulan keputusan sama yang dibuat oleh Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Selain Muhyiddin, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali juga mengumumkan meletakkan jawatan sebagai Setiausaha Agung PN dan Pengerusi Badan Perhubungan PN Selangor berkuat kuasa 1 Januari 2026.

Turut bertindak serupa Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Kepong, Datuk Dr Sahruddin Jamal dengan meletakkan jawatannya sebagai Pengerusi PN Johor dan Pengerusi PN Perak, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu.