Tidak ikut peraturan, sila terima padahnya!

Iklan
Sebuah treler yang ‘menyagat’ tiga kenderaan di dalam kejadian di kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Jejantas Ayer Keroh, pada Ahad.

SITUASI biasa apabila berada di hujung tahun, orang ramai akan menghabiskan cuti tahunan mereka untuk pulang ke kampung atau bercuti di dalam negara.

Sudah tentu jalan raya menjadi sibuk dan sesak dengan ribuan kenderaan dipandu ke pelbagai arah demi memenuhi tujuan ke destinasi masing-masing.

Iklan
Iklan

Bagaimanapun Merak Jalanan tertarik dengan berita sebuah treler yang ‘menyagat’ tiga kenderaan di sebuah kawasan rehat dan rawat, gara-gara parkir sesuka hati di laluan masuk kenderaan berat.

Ada yang simpati kepada mangsa dan ada yang marah kepada pemandu treler.

Iklan

Namun di sebalik kejadian itu, Merak Jalanan terasa satu perkara paling jelas dapat dilihat iaitu sikap pentingkan diri sendiri semakin menebal dalam sebahagian masyarakat.

Bagi tiga pemandu yang keretanya disagat itu, mungkin mereka fikir: “Nak berhenti sekejap sahaja, buang air kecil dan beli makanan. Bukannya lama pun.”

Iklan

Tapi malang itu tidak mengenal masa sekejap dan pelbagai alasan yang diberikan.

Merak Jalanan tertanya-tanya: Adakah kita kurang undang-undang atau sebenarnya kita kurang disiplin jiwa?

Kita marah bila orang cucuk lampu tinggi, kita geram bila jalan sesak, tapi kita sendiri menyumbang kepada masalah yang sama.

Merak Jalanan bukan mahu menyalahkan sesiapa. Cuma berharap sebelum kita menuding jari kepada orang lain marilah kita bercermin seketika. Lihat pada diri, pada tabiat, pada cara kita hidup sebagai masyarakat.

Kerana jalan raya dan tempat awam ini, cerminan siapa kita sebenarnya.