'Tiada pertunjukan bunga api pada sambutan Tahun Baharu 2026'

Iklan
Sisa runtuhan rumah dan kenderaan dibawa arus banjir yang masih belum dibersihkan di perkampungan Aek Garoga, Tanapuli Selatan di Sumatera Utara.

JAKARTA – Kerajaan pusat Indonesia menyokong rancangan beberapa wilayah yang enggan mengadakan pertunjukan bunga api sempena meraikan ketibaan Tahun Baharu 2026 pada Khamis ini.

Jurucakap di pejabat Presiden, Prasetyo Hadi pada Isnin berkata, ia merupakan keputusan yang tepat.

Iklan
Iklan

"Kita perlu zahirkan empati kepada komuniti yang terjejas bencana banjir," katanya.

Sebelum ini, pelan itu diumumkan pemerintah di beberapa provinsi termasuk Jakarta dan Pulau Bali sebagai tanda solidariti dengan mangsa terkesan banjir di Pulau Sumatera yang turut meragut lebih 1,100 nyawa manakala kira-kira 400,000 hilang tempat tinggal.

Iklan

Pemerintah kini sedang menggiatkan usaha pemulihan termasuk membina penempatan dan jambatan penghubung di Sumatera Utara, Sumatera Barat serta Aceh yang dijangka menelan kos AS$3.11 bilion (RM12.6 bilion).

Sementara itu, Menteri Penyelaras Pembangunan Manusia, Pratikno memaklumkan beberapa wilayah di Sumatera masih dalam keadaan darurat berikutan usaha pembersihan sedang dijalankan.

Iklan

Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri, Tito Karnavian juga mengesahkan lebih 20 perkampungan di ketiga-tiga wilayah tersebut 'lenyap' dibawa arus banjir dan usaha menyalurkan bantuan terus dipertingkatkan bagi meringankan beban mangsa. - Agensi