Kampung Kurnia, Rompin kembali dilanda banjir

Iklan
PPS di Balai Raya Kampung Setajam dibuka bagi menempatkan penduduk terjejas banjir. Foto Facebook Polis Daerah Rompin

KUANTAN - Baru lapan hari pulang ke rumah setelah banjir surut, beberapa keluarga dari Kampung Kurnia, Endau, Rompin terpaksa kembali semula ke pusat pemindahan sementara (PPS) pada Isnin.

Ia selepas kempung itu kembali dilanda banjir hingga menjejaskan 13 keluarga melibatkan 49 mangsa.

Iklan
Iklan

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) Rompin memaklumkan, semua mangsa kini ditempatkan di PPS Balai Raya Kampung Setajam yang dibuka jam 12 tengah hari pada Isnin.

PPS di Balai Raya Kampung Setajam dibuka bagi menempatkan penduduk terjejas banjir. Foto Facebook Polis Daerah Rompin

Menurutnya, banjir yang berlaku susulan hujan lebat berterusan hingga berlaku limpahan air sungai berhampiran.

Iklan

"Semua agensi berkaitan telah bergerak ke lokasi kejadian untuk melakukan pemantauan, proses permindahan penduduk terjejas, mengawal keselamatan serta menyelaras bekalan bantuan," ujarnya.

Sementara itu, pasukan penyelamat dari Balai Polis Tanjung Gemok telah digerakkan bagi melaksanakan operasi bantuan dan menyelamat mangsa banjir di kampung berkenaan.

Iklan

Operasi menyelamat digerakkan bagi membantu penduduk yang terperangkap akibat kenaikan paras air yang berlaku secara mendadak.

Menurut hantaran di Facebook Polis Daerah Rompin, misi pemindahan dilaksanakan berikutan keadaan cuaca yang masih tidak menentu dan hujan lebat berpanjangan.