KPDN Johor siasat pasar raya mini jual minyak masak peket lebih harga

Iklan
Harga minyak paket yang ditetapkan RM2.50 sepeket, namun premis berkenaan didakwa menjual RM3.50 sepeket. Gambar kecil: Lilis Saslinda

JOHOR BAHRU - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Johor menjalankan siasatan susulan tular rakaman video sebuah pasar raya mini di Ulu Tiram menjual minyak masak subsidi satu kilogram (kg) lebih tinggi berbanding harga ditetapkan.

Pengarah KPDN Johor, Lilis Saslinda Pornomo berkata, harga minyak peket yang ditetapkan RM2.50 sepeket, namun premis berkenaan didakwa menjual RM3.50 sepeket.

Iklan
Iklan

"Susulan video tular itu, anggota penguat kuasa KPDN Johor telah menjalankan pemeriksaan ke atas premis berkenaan pada Khamis

"Hasil pemeriksaan mendapati premis tersebut telah melakukan kesalahan di bawah Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011, dan tindakan penguatkuasaan sewajarnya telah diambil," katanya ketika dihubungi pada Jumaat.

Iklan

Lilis Saslinda juga meminta orang ramai supaya menyalurkan sebarang aduan melalui saluran aduan rasmi KPDN bagi membolehkan tindakan segera diambil berbanding menularkannya di media sosial terlebih dahulu.

Jelasnya, aduan berkenaan berkaitan isu harga, bekalan atau penyelewengan barangan kawalan seperti minyak masak.

Iklan

Dalam masa sama, KPDN Johor turut memaklumkan pengguna boleh mendapatkan bekalan minyak masak paket di 55 POS yang merupakan pasar raya terpilih di seluruh daerah di Johor dengan menggunakan aplikasi eCOSS bagi memastikan urus niaga yang lebih telus berkaitan minyak masak peket serta mengelakkan kejadian seumpama ini daripada berulang.

Terdahulu, tular rakaman video menunjukkan seorang lelaki mendakwa sebuah pasar raya mini menjual minyak masak peket 1 kg bersubsidi pada harga RM3.50, melebihi harga kawalan RM2.50.

Dakwanya premis itu juga tidak mengeluarkan resit, menyukarkan bukti untuk aduan dan mencetuskan kebimbangan orang ramai terhadap pematuhan peraturan harga subsidi.