Malam Krismas di KL dicemari sampah

Iklan
Kawasan tumpuan pelancong di Kuala Lumpur dipenuhi sampah pada malam sambutan Krismas. Foto FB DBKL

KUALA LUMPUR - Beberapa lokasi tumpuan pelancong di sekitar Jalan Bukit Bintang di sini didapati dipenuhi sampah dan kotor susulan sambutan perayaan Krismas yang berlangsung malam tadi.

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) memaklumkan, tindakan segelintir pihak yang membuang sampah merata-rata itu telah menjejaskan kebersihan dan imej bandar raya.

Iklan
Iklan

Menurut DBKL, kerja-kerja pembersihan segera dilaksanakan di kawasan pusat bandar bagi memastikan persekitaran kembali bersih, teratur dan selesa untuk orang ramai.

DBKL giat menjalankan kerja pembersihan bagi memastikan keadaan kembali bersih. Foto FB DBKL

Iklan

"Walaupun orang ramai meraikan suasana malam perayaan, tanggungjawab menjaga kebersihan tetap perlu diutamakan.

"Elakkan membuang sampah sesuka hati, gunakan tong sampah yang disediakan dan pelihara ruang awam yang kita kongsi bersama," katanya menerusi hantaran di Facebook pada Khamis.

Iklan

DBKL menegaskan sikap bertanggungjawab setiap individu akan memberi kesan besar kepada kebersihan bandar.