Usaha bersihkan timbunan kayu, lumpur dipergiatkan

Iklan
Ratusan sukarelawan dari pelbagai agensi kerajaan dan pertubuhan rakan kongsi turut dikerahkan untuk membersihkan longgokan kayu sekitar Pesantren Darul Mukhlisin di Aceh Tamiang.

JAKARTA - Kementerian Perhutanan Indonesia sedang menggiatkan usaha untuk membersihkan timbunan kayu dan lumpur dibawa arus banjir di tiga wilayah terjejas teruk di Pulau Sumatera.

Ketua Pejabat Taman Negara Gunung Leuser, Subhan berkata, ia turut bekerjasama dengan beberapa institusi dan kementerian lain serta komuniti setempat.

Iklan
Iklan
Keadaan di Tanapuli Tengah, Sumatera Utara selepas dilanda banjir lumpur dan kejadian tanah runtuh kira-kira sebulan lalu.

"Operasi pembersihan berskala besar adalah keutamaan kami untuk memulihkan akses awam dan aktiviti komuniti terutamanya di sekolah dan kawasan penempatan.

"Kami mengerahkan pasukan dan peralatan bagi memastikan proses itu berjalan lancar. Kami juga mahu memastikan keadaan sekitar yang terjejas kembali selamat," ujarnya.

Iklan

Di Aceh Tamiang, ratusan sukarelawan dari pelbagai agensi kerajaan dan pertubuhan rakan kongsi telah dikerahkan untuk membersihkan longgokan kayu sekitar Pesantren Darul Mukhlisin.

Pasukan tentera mengetuai usaha pembersihan di Tanapuli Selatan di Sumatera Utara.

Sehingga Isnin, kemajuan operasi pembersihan itu telah mencapai tahap 30 peratus dan usaha tersebut tetap berjalan sehingga waktu malam.

Iklan

Di Aceh Utara, pasukan gabungan mengutamakan usaha pembersihan jalan masuk ke kawasan penempatan yang mana laluan sepanjang satu kilometer sudah pun dibersihkan. - Agensi/ Foto: Agensi/ AFP