Mayat lelaki dengan kesan cedera di leher, kepala ditemui tepi jalan

Iklan
Mayat seorang lelaki yang mempunyai beberapa kecederaan ditemui di tepi Jalan Bukit Serampang, Tangkak pada Rabu. - Foto IPD Tangkak

TANGKAK – Mayat seorang lelaki yang mempunyai beberapa kecederaan ditemui di tepi Jalan Bukit Serampang, di sini pada pagi Rabu.

Timbalan Ketua Polis Daerah Tangkak, Deputi Superintenden Jamellulkamal Abdul Halim berkata, maklumat berhubung penemuan mayat itu diterima menerusi panggilan MERS 999 kira-kira jam 8.50 pagi.

Iklan
Iklan

“Satu mayat lelaki yang tidak dikenali telah ditemui dan tiada dokumen pengenalan diri ditemui.

“Hasil pemeriksaan ke atas tubuh mangsa mendapati terdapat beberapa kecederaan di bahagian belakang leher dan kepala,” katanya dalam satu kenyataan.

Iklan

Menurut beliau, mayat mangsa telah dibawa ke Hospital Melaka untuk tujuan bedah siasat.

Beliau berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian itu diminta tampil membantu siasatan.

Iklan

Tambahnya, orang ramai boleh menghubungi Pegawai Penyiasat Kanan Jenayah, Asisten Superintendan Shahridhathul Aflaha Ismail di talian 019-269 9573 atau bilik gerakan di 06-978 5222.

Sebelum itu, beberapa foto yang memaparkan penemuan mayat berkenaan tular di media sosial.