BAGI banyak orang yang tak reti sangat hal undang-undang, yang jelas daripada keputusan Mahkamah Tinggi berhubung kes Bossku Najib ialah, 1. Titah Adendum tidak sah, 2. Najib kekal menjalani hukuman penjara di penjara, bukan di rumah.
Perkara 1 itu yang panas. Apa yang banyak dibahaskan adalah keputusan Hakim Alice Loke Yee Chang yang Titah Adendum dalam kes ini itu tidak sah kerana tidak diputuskan dalam Mesyuarat Pengampunan.
Iklan
Iklan
Ada yang kata keputusan itu betul. Titah Adendum sepatutnya tak berlaku. Keputusan patutnya dibuat dalam mesyuarat. Lagipun tak ada peruntukan undang-undang khusus mengenai tahanan rumah di negara ini.
Ada pula yang kata keputusan itu menafikan kuasa prerogatif pengampunan sepenuhnya yang ada pada Yang di-Pertuan Agong dan baginda Raja-Raja Melayu.
Tentulah isu ini jadi emosional khususnya bagi UMNO. Ada suara yang minta dipersoalkan hala tuju UMNO dalam kerajaan Madani. Ada yang komen “berada dalam kerajaan hari ini tidak seharusnya melumpuhkan keberanian UMNO untuk bersuara benar.”
Begitulah pro dan kontra keputusan ini. Bagi Awang, kita ada sistem kehakiman yang disanjung tinggi, prinsipnya ialah kita perlu hormati sistem itu walaupun siapa yang terbabit. Lagipun hak membuat rayuan dipertahankan oleh Perlembagaan.
Artikel Berkaitan