'Kerja baik, ikut peraturan'
Iklan
Azam Baki
TAK ada siapa yang persoal prestasi kerja Tan Sri Azam Baki, Ketua Pesuruhjaya SPRM. Beliau memang tak pandang bulu mencari perasuah. Tak ada yang selamat lagi. Jerung, ikan bilis, habis kena kaut macam pukat tunda, termasuk karang dan batu di dasar laut.
Tuk Seri PMX pun nampaknya 'impressed betul' dengan kerja Azam. Bila ada orang kata sepatutnya Azam dipecat kerana isu berkaitan dengan saham yang dimilikinya PMX jawab, orang buat kerja nak pecat pasal apa?