Khemah besar UMNO-Pas?
Iklan
Pandangan Ketua Pemuda UMNO tentang kerjasama antara UMNO dengan Pas mendapat perhatian pimpinan tertinggi Pas.
MAKA banyaklah orang yang beri reaksi cadangan Ketua Pemuda UMNO tentang kerjasama antara UMNO dengan Pas dalam pilihan raya negeri Melaka yang akan datang. Pandangan ini mendapat perhatian pimpinan tertinggi Pas juga.
Timbalan Presiden Pas, Tuan Ibrahim Tuan Man kata parti itu menyambut baik sebarang hasrat untuk penyatuan ummah. Tapi cadangan itu perlu diputuskan pada peringkat paling atas.