Keputusan mahkamah kes Najib tidak langgar kuasa prerogatif Agong – Bersih

Iklan
Keputusan mahkamah berhubung kes permohonan tahanan rumah bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak tidak melangkaui kuasa prerogatif Yang di-Pertuan Agong.

SHAH ALAM - Keputusan mahkamah berhubung kes permohonan tahanan rumah bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak tidak melangkaui kuasa prerogatif Yang di-Pertuan Agong.

Pengerusi Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih), Muhammad Faisal Abdul Aziz berkata, keputusan itu sebaliknya adalah bagi memastikan segala proses dan prosedur yang ditetapkan diikuti dengan tertib.

Iklan
Iklan

“Dengan mengikut prosedur undang-undang inilah akan membantu memudahkan pelaksanaan titah pengampunan,” katanya dalam hantaran Facebook pada Selasa.

Sebelum ini, Hakim Mahkamah Tinggi, Alice Loke Yee Ching pada Isnin menolak permohonan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, 72, untuk memaksa kerajaan melaksanakan Titah Adendum supaya beliau dapat menjalani baki hukuman penjara di rumah.

Iklan

Alice memutuskan bahawa tahanan rumah dalam permohonan bekas Ahli Parlimen Pekan itu tidak boleh dilaksanakan kerana tiada peruntukan undang-undang bagi mekanisme itu dijalankan di negara ini.

Muhammad Faisal

Iklan

Ujar Muhammad Faisal, meskipun sistem beraja telah wujud sekian lama sebelum wujud Perlembagaan Persekutuan, namun berdasarkan fakta, jawatan Yang di-Pertuan Agong hanya hadir bersama Perlembagaan Persekutuan.

“Dalam erti kata lain, ia wujud bersama terbentuknya Perlembagaan Persekutuan. Sebelum terbentuknya Perlembagaan Persekutuan telah berlaku Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu yang dimeterai melibatkan Raja-Raja Melayu dan Sir Gerard Edward James Gent bagi pihak Raja George VI.

“Ia berlangsung pada 1 Februari 1948 iaitu Federation of Malaya Order in Council 1948,” ujarnya.

Menurut Muhammad Faisal, ia bukan sekadar perjanjian tetapi kandungannya turut menjadi rangka dalam membentuk sistem Raja Berperlembagaan.

“Maka ia menjadi asas sistem Raja Berperlembagaan iaitu tindakan Yang di-Pertuan Agong atas kapasiti sebagai Yang di-Pertuan Agong adalah berpandukan Perlembagaan,” kata beliau.

Ujarnya, kes pengampunan Najib dan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim juga jelas berbeza dari sudut rujukan kes dan undang-undang.

Jelas beliau, untuk kes Najib, mahkamah memutuskan Titah Adendum itu tidak dibawa ke dalam mesyuarat Mesyuarat Lembaga Pengampunan Wilayah Persekutuan ke-61 pada 29 Januari tahun lalu.

“Umum mengetahui ia adalah titah tambahan selepas selesai mesyuarat Lembaga Pengampunan yang memutuskan meremitkan hukuman ke ke atas Najib iaitu daripada 12 tahun ke enam tahun dan denda dikurangkan daripada RM210 juta kepada RM50 juta.

“Berbeza dengan kes Anwar, jelas ia dibincangkan dan diputuskan oleh Lembaga Pengampunan Bagi Wilayah-Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya kali ke-51 pada 16 Mei 2018 dan ia disahkan sendiri oleh Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara," jelasnya.