KUALA LUMPUR - Kediaman Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Tan Sri Muhyiddin Yassin sekali lagi menjadi tumpuan susulan perjumpaan khas yang berlangsung pada malam Ahad.
Antara pemimpin parti yang hadir ialah Setiausaha Agung Bersatu, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dan Naib Presiden, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu.
Iklan
Iklan
Bagaimanapun, pihak media tidak dibenarkan memasuki kawasan kediaman Ahli Parlimen Pagoh itu yang berpagar serta berpengawal.
Difahamkan, pertemuan berkenaan turut diadakan bersempena menyambut kedatangan Ramadan.
Sebelum ini, Mohamed Azmin dilaporkan memaklumkan bahawa satu perjumpaan khas melibatkan Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Bersatu dijadualkan berlangsung di kediaman Muhyiddin pada Ahad.
Perjumpaan itu diadakan ketika pertelagahan kepimpinan dalam Bersatu dilihat semakin memuncak, khususnya susulan desakan dan ketegangan yang semakin ketara antara kem Presiden parti dan Timbalannya, Datuk Seri Hamzah Zainudin.