Kerajaan tidak kawal selia tambang e-hailing - APAD
Iklan
Kementerian Pengangkutan kini sedang menjalankan Kajian PSPA yang antara lain mengkaji kewajaran mengawal selia tambang e-hailing.
SHAH ALAM - [DIKEMAS KINI] Pada masa ini kerajaan tidak mengawal selia dasar tambang bagi perkhidmatan e-hailing dan penetapan kadar tambang ditentukan oleh konsep permintaan dan penawaran, jelas Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD).
APAD menerusi kenyataan pada Selasa berkata, perkhidmatan e-hailing adalah satu perkhidmatan gig ekonomi di mana ia bersifat pasaran terbuka dan operasi syarikat adalah berbeza-beza.
Iklan
Iklan
“Namun begitu, menurut peraturan APAD iaitu syarat-syarat lesen yang perlu dipatuhi semua pemegang lesen perniagaan telah menetapkan bahawa pemegang lesen hendaklah memastikan pemandu tidak tawar-menawar selepas berjaya mendapat tempahan, sebaliknya memberikan perkhidmatan berdasarkan tempahan yang diterima,” menurut kenyataan itu.
APAD turut menjelaskan bahawa semua pemandu mempunyai pilihan sama ada menerima atau menolak tempahan.
Iklan
Penjelasan APAD itu berhubung empat perkara yang dibangkitkan semasa sesi libat urus bersama Persatuan Penghantar pada 17 November lalu.
Tambah APAD, Kementerian Pengangkutan kini sedang menjalankan Kajian Pelan Strategik Pengangkutan Awam (PSPA) yang antara lain mengkaji kewajaran mengawal selia tambang e-hailing.
Iklan
“Hasil kajian tambang lantai e-hailing itu akan dibentangkan kepada menteri untuk pertimbangan lanjut. Namun, pada masa ini kerajaan tidak mengawal kadar tambang e-hailing,” menurut kenyataan itu lagi.
APAD turut memaklumkan, kenderaan persendirian yang menjalankan perkhidmatan komersial (e-hailing) perlu mendapatkan insurans tambahan daripada syarikat insurans masing-masing yang akan menetapkan kadar tambahan tersebut.
APAD berkata, insurans tambahan e-hailing ini akan memberikan perlindungan bukan sahaja kepada pemandu, kenderaan dan pihak ketiga, malah juga kepada penumpang yang tidak terlindung di bawah skim insurans kenderaan persendirian.
“Kementerian Pengangkutan bersama Bank Negara Malaysia (BNM) telah menubuhkan satu pasukan Taskforce untuk mengkaji dan menyelaras skim insurans e-hailing yang mampu milik.
“Pada masa ini, pasukan Taskforce sedang mengumpul dan menganalisis data pelaksanaan skim insurans semasa untuk menilai faktor risiko berdasarkan kadar kemalangan dan tuntutan insurans yang melibatkan kenderaan-kenderaan e-hailing,” jelas APAD.
Mengulas mengenai subsidi Budi Madani RON95 (BUDI95) kepada pemandu e-hailing, APAD memaklumkan, ketetapan dasar itu adalah di bawah bidang kuasa Kementerian Kewangan dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN).
“Peranan APAD adalah terhad kepada penyelarasan data perjalanan pemandu e-hailing yang diterima untuk dikemukakan kepada Kementerian Kewangan bagi tindakan lanjut,” menurut APAD.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Wan Ahmad Fayhsal cadang Shuhaily dilantik dalam pasukan siasat mafia korporat"><meta itemprop="description" content="Ahli Parlimen Machang, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal mencadangkan Ketua Pengarah Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan (AKPS), Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain dilantik menganggotai pasukan petugas khas antara agensi bagi menyiasat jenayah kewangan, khususnya kegiatan mafia korporat.
Wan Ahmad Fayhsal (PN-Machang) berkata, cadangan itu mengambil kira pengalaman luas Mohd Shuhaily dalam bidang penguatkuasaan, termasuk ketika berkhidmat di AKPS dan sebagai Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/802998/berita/nasional/wan-ahmad-fayhsal-cadang-shuhaily-dilantik-dalam-pasukan-siasat-mafia-korporat
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #Parlimen #Shuhaily"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-11-02T12:18:29.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/v/gYOSQ1gw7-ZolpfWB/x1080"><meta itemprop="duration" content="P121S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbsw4ka"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbsw4ka"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbsw4ka"></script>