MB Perlis sakit dada, kini dirawat di ibu negara

Iklan
Mohd Shukri

KANGAR - Menteri Besar Perlis Mohd Shukri Ramli kini menerima rawatan di sebuah hospital di ibu negara selepas mengalami sakit dada sebaik kembali daripada urusan luar negara.

Pejabat Menteri Besar Perlis dalam kenyataan pada Isnin memaklumkan bahawa beliau segera dikejarkan ke hospital itu untuk pemeriksaan lanjut selepas mengadu sakit dada.

Iklan
Iklan

"Setakat ini, keadaan beliau stabil dan mohon semua rakyat Perlis mendoakan agar beliau sihat sejahtera dan dilindungi ALLAh SWT daripada sebarang musibah," menurut kenyataan itu yang dimuat naik di Facebook. - Bernama 

 

Iklan

 

 

Iklan