TANGKAK - Seorang kanak-kanak perempuan berusia dua tahun maut akibat dilanggar ketika bapa mangsa sedang mengundurkan kereta dalam kejadian di Taman Kesang Baru, Parit Bunga, Khamis lepas.
Timbalan Ketua Polis Daerah Tangkak, Deputi Superintenden Jamellulkamal Abdul Halim berkata, siasatan awal oleh pihaknya mendapati ketika kejadian pada jam 8.15 pagi itu, bapa mangsa yang berusia 30 tahun sedang mengubah kedudukan kenderaan jenis Suzuki Swift di kawasan garaj rumahnya.