Budak 3 tahun lebam mata dipukul anak pengasuh

Iklan
Tangisan tanpa henti seorang kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun dipercayai punca dia dipukul anak pengasuh sehingga lebam pada mata kirinya. Foto hiasan

KUALA LUMPUR - Tangisan tanpa henti seorang kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun dipercayai punca dia dipukul anak pengasuh sehingga lebam pada mata kirinya dalam kejadian di sebuah rumah di Batu Muda di sini pada Selasa lalu.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Fadil Marsus berkata, suspek berusia 18 tahun dikatakan bertindak demikian kerana dipercayai mengganggunya yang sedang berehat di rumah.

Iklan
Iklan

"Suspek telah ditahan semalam (Khamis) dan kini direman empat hari bermula hari ini.

Fadil

Iklan

“Kanak-kanak itu dilaporkan stabil dan masih berada di wad Hospital Kuala Lumpur (HKL),” katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.

Sebelum itu, kejadian kira-kira pukul 4.30 petang disedari selepas ibu mangsa datang untuk mengambil anaknya di rumah pengasuh terbabit sebelum mendapati mata anaknya cedera.

Iklan

Laporan polis kemudian dibuat ibu bapa mangsa di Balai Polis Jinjang.

Kes disiasat mengikut Seksyen 31 (1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001.