KUALA LUMPUR - Polis menyiasat kes seorang murid sebuah sekolah agama di Kampung Pandan di sini yang dipercayai menjadi mangsa amang seksual.
Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Asisten Komisioner Mohamad Lazim Ismail berkata, laporan diterima pihaknya pada jam 4.16 petang, Selasa lalu.
Iklan
Iklan
"Mangsa iaitu murid lelaki berusia 11 tahun.
"Kes masih dalam siasatan dan polis sedang mengesan lelaki (suspek) terbabit bagi membantu siasatan," katanya dalam kenyataan pada Jumaat.
Tambahnya, kes telah diklasifikasikan di bawah Seksyen 14(d) Akta Kesalahan-kesalahan Seksual terhadap Kanak-kanak 2017.