Program Isi Minyak Percuma ringan beban pelajar

Iklan
Ali (tengah) mengisi minyak motosikal milik seorang pelajar UTM sebagai simbolik perasmian Program Isi Minyak Motosikal Percuma.

JOHOR BAHRU – Program Isi Minyak Motosikal Percuma khas untuk pelajar Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Johor Bahru disifatkan sebagai inisiatif berimpak tinggi yang meringankan beban kewangan pelajar, khususnya dalam mendepani kos sara hidup yang semakin meningkat.

Seorang pelajar, Mohd Shahrul Nizam Zulzuraini, 23, dari Fakulti Sains dan Teknologi Pendidikan berkata, dia mengetahui mengenai program itu melalui rakan serta pensyarah.

Iklan
Iklan

Katanya, program itu ternyata membantu pelajar dan memberikan kelegaan, khususnya dari segi perbelanjaan harian.

“Program ini sangat membantu pelajar kerana kami dapat menjimatkan perbelanjaan minyak dengan adanya minyak percuma ini.

Iklan

“Saya berharap program ini diteruskan, sama ada dilaksanakan setiap bulan atau sekurang-kurangnya sekali setiap semester,” katanya pada program yang disempurnakan oleh Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) UTM, Prof Ts Dr Ali Selamat itu.

Ali (tengah) mengisi minyak motosikal milik seorang pelajar UTM sebagai simbolik perasmian Program Isi Minyak Motosikal Percuma.

Iklan

Bagi Edwin Tay Qi Yan, 21, pelajar tahun tiga Fakulti Kejuruteraan Elektrik, program ini sewajarnya diteruskan kerana memberi manfaat besar kepada pelajar.

Malah katanya, dia juga teruja dapat menyertai program tersebut setelah tidak berbuat demikian sebelum ini.

“Memang seronok sebab dapat isi minyak secara percuma hari ini dan saya difahamkan ia disalurkan kepada 500 motosikal.

“Saya tahu ia bukan sesuatu yang mudah dan memerlukan perancangan rapi supaya program ini memberikan manfaat kepada semua,” katanya.

Seorang lagi pelajar dari Fakulti Alam Bina dan Ukur, Shazlien Shamsudin, 22, berkata, program tersebut sememangnya sangat membantu dan memberi manfaat kepada pelajar seperti dirinya.

Bagaimanapun katanya, program seperti itu wajar diperluaskan lagi agar lebih ramai pelajar tahu mengenainya.

“Ini adalah kali pertama saya menyertai program ini dan saya tahu mengenainya melalui Google Form yang dikongsikan oleh rakan.

“Bagi saya, program ini sangat membantu, terutamanya untuk golongan B40 seperti saya kerana kos sara hidup yang meningkat, menjadikan bantuan seperti ini amat bermakna,” ujarnya.

Sementara itu, seorang pelajar dari Sudan, Abdullah Osman dari Fakulti Kejuruteraan Mekanikal berkata, dia mengetahui mengenai program itu melalui rakan serta media sosial.

Katanya, program seperti ini memberikan kesan positif terhadap kehidupan harian dan pembelajarannya di UTM.

“Program ini sangat membantu pelajar dalam urusan harian dan pengajian.

“Saya berharap ia dapat diadakan sekurang-kurangnya sebulan sekali kerana program seperti ini belum pernah ada di negara saya. Namun saya berharap ia dapat terus dilaksanakan pada masa hadapan,” katanya.