Gudang bawang, buah import terbakar

Iklan
Sebuah gudang pemborong dan runcit bawang serta buah-buahan import di Jalan Kebun Sultan, di sini, terbakar pada Ahad malam.

KOTA BHARU – Sebuah gudang pemborong dan runcit bawang serta buah-buahan import di Jalan Kebun Sultan, di sini, terbakar pada Ahad malam.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat (BBP) negeri Kelantan, Penguasa Kanan Bomba II Mohd Fadhlizil Ikram Ahmad Pauzi berkata, pihaknya menerima menerima panggilan kecemasan pada jam 9.09 malam sebelum pasukan bomba dari BBP Kota Bharu digerakkan ke lokasi kejadian.

Iklan
Iklan

Katanya, jentera bomba tiba di lokasi pada jam 9.16 malam, tujuh minit selepas panggilan diterima dengan jarak perjalanan kira-kira 2.3 kilometer dari balai.

“Kebakaran melibatkan sebuah gudang di Jalan Kebun Sultan.

Iklan

“Operasi pemadaman dijalankan keseluruhan pasukan dari empat balai bomba yang berdekatan,” katanya dalam satu kenyataan.

Beliau memberitahu, operasi pemadaman melibatkan dua lori tangki dan empat jentera dari BBP Kota Bharu, Darul Naim, Pengkalan Chepa dan Tunjong.

Iklan

“Setibanya pasukan keluaran operasi di lokasi, kebakaran sedang marak di bahagian gudang dan tindakan pemadaman serta pengawalan kebakaran segera dilakukan bagi mengelakkan api merebak ke kawasan berhampiran.

“Setakat ini, operasi pemadaman masih diteruskan sehingga kebakaran dapat dikawal sepenuhnya,” katanya.