'Kemboja perlu isytihar gencatan senjata terlebih dahulu'

Iklan
Sebuah rumah yang musnah di wilayah Banteay Meanchey, Kemboja akibat bedilan tentera Thailand.

BANGKOK - Thailand menuntut Kemboja mengisytiharkan gencatan senjata terlebih dahulu untuk menghentikan pertempuran sempadan yang sudah berlarutan selama lebih seminggu dan meragut lebih 32 nyawa.

"Phnom Penh perlu mengambil langkah pertama selaku 'penyerang' wilayah kami," kata jurucakap Kementerian Luar, Maratee Nalita Andamo.

Iklan
Iklan

Menurutnya, Kemboja juga perlu bekerjasama dengan 'tulus' untuk membersihkan periuk api yang ditanam di kawasan perbatasan menjadi pertikaian kedua-dua negara tersebut.

Sehingga kini, Bangkok dan Phnom Penh saling menuding jari menyalahkan antara satu sama lain memburukkan konflik terbaharu tersebut yang telah menyebabkan pemindahan kira-kira 800,000 penduduk di beberapa wilayah sempadan.

Iklan

Sehingga Selasa, bunyi tembakan artileri bertalu-talu terus menggegar kawasan kuil yang turut menjadi tempat berlindung sementara ribuan mangsa krisis itu.

Tentera Thailand dan Kemboja dilaporkan masih saling berbalas tembakan.

Iklan

Ketika banyak pihak mendesak kedua-dua negara Asia Tenggara itu meredakan ketegangan, Perdana Menteri Thailand, Anutin Charnvirakul dengan yakin menyatakan mereka tidak berdepan tekanan antarabangsa untuk melaksanakan gencatan senjata.

"Siapa yang mengugut siapa?" katanya ketika menolak untuk mengulas tentang dakwaan sama ada Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump cuba menggunakan perang tarif bagi memastikan Bangkok tunduk dengan desakan Washington.

Ketika ini, pihak berkuasa Thailand sedang mencari jalan untuk membawa pulang 6,000 rakyat mereka yang terkandas dek penutupan lintasan sempadan di pos pemeriksaan bandar Poipet, Kemboja.

Jurucakap Kementerian Pertahanan, Surasant Kongsiri berkata, pertempuran sempadan masih berlarutan di lapan wilayah ketika Bangkok dan Phnom Penh berkeras untuk mempertahankan kedaulatan dan keselamatan negara masing-masing. - Agensi