Polemik pusat beli-belah mesra haiwan

Iklan
Isu membenarkan pengunjung membawa haiwan masuk ke dalam pusat membeli-belah mencetuskan kritikan. Gambar hiasan

SEJAK beberapa hari lalu kecoh di media sosial mengenai sebuah pusat beli-belah mesra haiwan.

Ini merupakan satu peluang kepada pemilik-pemilik haiwan untuk membawa mereka bersama sesuatu yang tidak terdapat di mana-mana pusat beli-belah di negara ini.

Iklan
Iklan

Pihak pengurusan juga mengenakan beberapa peraturan bagi memastikan keselesaan pengunjung yang membawa haiwan tersebut.

Pengunjung mestilah membawa haiwan peliharaan mereka dalam tempat khas, menggunakan lif khas, memastikan haiwan dikawal dengan baik dan menjaga tahap kebersihan.

Iklan

Sekiranya haiwan tersebut didapati membuat bising dan kelihatan agresif, maka pihak pengurusan berhak untuk meminta pengunjung meninggalkan premis tersebut.

Dengan peraturan yang disediakan itu kelihatan pihak pengurusan sudah memikirkan langkah-langkah yang terbaik demi keselesaan pengunjung.

Iklan

Bagaimanapun, sejak pusat beli-belah itu dilancarkan beberapa hari lalu, ia telah menimbulkan perdebatan hangat di media sosial.

Kritikan timbul terutama dalam kalangan umat Islam yang tidak selesa dengan kehadiran anjing-anjing peliharaan yang dibenarkan untuk memasuki pusat beli-belah tersebut.

Dalam Islam, anjing dianggap najis mughallazah (najis berat), namun hukum memeliharanya adalah harus (dibolehkan) jika ada keperluan syar'i seperti menjaga kebun, ternakan, berburu atau mengesan penjenayah.

Tetapi memeliharanya haram jika sekadar untuk hiburan, kerana ia akan mengurangkan pahala malaikat Rahmat masuk ke rumah.

Sentuhan najis anjing (jilatan atau air liur) memerlukan sertu (basuhan 7 kali, 1 kali air tanah), sementara sentuhan biasa memerlukan samak mengikut mazhab.

Jadi ia sangat sensitif dalam kalangan umat Islam yang mementingkan tentang kesucian dan kebersihan apabila melibatkan haiwan tersebut.

Bagaimanapun, akhbar ini berpendapat orang ramai mempunyai pilihan sama ada pergi ke pusat beli-belah tersebut kerana ada banyak lagi tempat lain yang sesuai.