Dr Zulkifli Hasan dilantik Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) baharu

Iklan
Dr Zulkifli Hasan

SHAH ALAM - Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Dr Zulkifli Hasan dilantik ke jawatan Menteri susulan rombakan Kabinet baharu Kerajaan Perpaduan yang diadakan pada Selasa.

Pengumuman itu dibuat Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim itu dalam pengumuman khas mengenai barisan Kabinet baharu.

Iklan
Iklan

Manakala Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar digugurkan daripada senarai tersebut.

Sementara itu, jawatan Timbalan Menteri Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) diisi Ustazah Marhamah Rosli.

Iklan
Iklan

Pengumuman dibuat melalui saluran utama televisyen dan media sosial rasmi Perdana Menteri.