CAP nafi cemar legasi SM Mohamed Idris

Iklan
nak-anak aktivis terkemuka SM Mohamed Idris membantah dan tidak merestui dengan penglibatan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam pelancaran buku mengenang ayah mereka di Kuala Lumpur.

GEORGE TOWN – Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) menyifatkan kenyataan tiga anak Allahyarham SM Mohamed Idris sebagai tidak adil dan mencemarkan nama baik pertubuhan itu yang telah memperjuangkan hak rakyat serta keadilan sosial sejak lebih lima dekad lalu.

Presiden CAP, Mohideen Abdul Kader berkata, pihaknya amat kesal dengan kenyataan yang dikeluarkan oleh ketiga-tiga anak Allahyarham, lebih-lebih lagi apabila ia melibatkan penganjuran majlis berkaitan legasi pengasas CAP berkenaan.

Iklan
Iklan

Menurut beliau, CAP yang ditubuhkan pada 1969 sentiasa berada di barisan hadapan dalam melindungi hak rakyat biasa, memastikan persekitaran yang sihat untuk semua serta membina masyarakat yang adil, selari dengan perjuangan sepanjang hayat Allahyarham SM Mohamed.

"Majlis yang dianjurkan baru-baru ini merupakan satu sambutan ikhlas terhadap legasi tersebut dan dihadiri oleh rakan-rakan lama, rakan seperjuangan daripada masyarakat sivil, aktivis muda serta pelajar daripada pelbagai lapisan masyarakat.

Iklan

"Majlis itu menjadi lebih bermakna dengan kehadiran Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang turut menyertai CAP dalam meraikan penerbitan sebuah buku penting berkaitan pemikiran dan perjuangan Allahyarham," katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.

Mohideen

Iklan

Tambah beliau, kehadiran Anwar mencerminkan hubungan erat yang telah lama terjalin antara Allahyarham dan CAP, selain menjadi pengiktirafan terhadap peranan penting pertubuhan itu dalam landskap masyarakat sivil negara.

"CAP adalah sebuah institusi yang mempunyai struktur tadbir urus dan proses membuat keputusan tersendiri serta tidak pernah menjadi aset peribadi atau milik mana-mana keluarga.

"Pihak majlis CAP sebelum ini telah menerima, mendengar dan membincangkan pandangan yang dikemukakan oleh ketiga-tiga anak Allahyarham sebelum membuat keputusan untuk meneruskan penganjuran majlis berkenaan.

“Selepas pertimbangan yang teliti, kami percaya bahawa cara terbaik untuk menghormati sumbangan Allahyarham adalah dengan memastikan hasil kerja dan pemikirannya terus memberikan inspirasi kepada generasi baharu,” ujarnya.

Menurut Mohideen lagi, setelah bekerja bersama Allahyarham selama lebih enam dekad, beliau yakin abangnya itu pasti berbangga melihat keterlibatan ramai anak muda yang bersemangat untuk komited dalam aktivisme sivik.

“Anak-anak muda hari ini bukan sahaja berani menyoal keberkesanan dasar malah memperjuangkan keterangkuman sosial serta mendorong model pembangunan yang berakar umbi dalam identiti dan nilai kemanusiaan bersama,” katanya.

Terdahulu, anak-anak Allahyarham SM Mohamed menyatakan kekesalan mereka dengan penglibatan Anwar dalam pelancaran buku mengenang ayah mereka di Kuala Lumpur pada Isnin.

Acara anjuran CAP yang lama dipimpin SM Mohamed, itu malah berlangsung tanpa kehadiran atau kerestuan zuriat beliau.

“Ketidakhadiran kami adalah satu manifestasi bantahan yang nyata,” kata tiga anaknya, Ayisha, Fathima dan Khatija dalam kenyataan bersama pada Selasa.

Mereka berkata, pihak keluarga tidak pernah memberikan persetujuan untuk Anwar terlibat dalam apa jua kapasiti berkaitan buku tersebut, memandangkan kes salah laku Anwar terhadap cucu arwah, Muhammed Yusoff Rawther.