Jurukimpal maut langgar batu penghadang jalan

Iklan
Keadaan motosikal mangsa yang terlibat dalam kemalangan. - Foto IPD Kluang

KLUANG - Seorang jurukimpal maut apabila motosikal yang ditunggangnya terlibat dalam kemalangan di kilometer (KM) 52 Jalan Batu Pahat-Mersing di sini pada Selasa.

Menurut Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Bahrin Mohd Noh, kejadian dipercayai berlaku pada jam 8 pagi ketika mangsa yang berusia 25 tahun menunggang motosikal jenis Honda RS150R.

Iklan
Iklan

"Siasatan mendapati, mangsa sedang dalam perjalanan ke tempat kerja di bandar ini.

"Bagaimanapun, ketika tiba di tempat kejadian motosikal terbabit hilang kawalan dan terbabas ke tengah jalan dan melanggar batu penghadang jalan.

Iklan

"Akibat kemalangan tersebut, mangsa mengalami kecederaan parah pada bahagian kepala dan meninggal dunia di tempat kejadian," katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.

Tambah Bahrin, kes disiasat bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Iklan

"Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat kejadian itu menghubungi mana-mana balai polis berhampiran atau mengubungi Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kluang 07-7784222.

"Saksi boleh menyalurkan maklumat di talian direct line 07-7784256, hotline 07-7766822 dan tablet DCC 014-365682 bagi membantu siasatan," katanya.