Pendekatan data perkukuh disiplin

Iklan
Asrul Aimran, Mohammad Harith dan Mohd Faizol bersama penduduk PPR Sri Sena.

KANGAR — Pendekatan berasaskan data dan perubahan sikap menjadi teras Program Intervensi Penyewa PPR Sri Sena yang dilaksanakan hasil kerjasama Universiti Malaysia Perlis (UniMAP), Persatuan Combi Negeri Perlis dan Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC), sebagai usaha memperkukuh disiplin pembayaran sewa di perumahan awam negeri ini.

Program berkenaan memberi penekanan kepada sesi intervensi bersama penduduk yang memfokuskan aspek sikap, tanggungjawab serta amalan terbaik sebagai penyewa, dengan bimbingan pakar yang terlibat secara langsung sepanjang pelaksanaan.

Iklan
Iklan

Inisiatif itu merupakan sebahagian daripada fasa penambahbaikan pengurusan pembayaran sewa PPR di Perlis yang bermula sejak Julai lalu, dengan matlamat membantu penyewa memahami komitmen kewangan dan implikasinya terhadap kelestarian kemudahan perumahan.

Pada peringkat akhir fasa program, penyewa dikumpulkan mengikut profil kumpulan berdasarkan dapatan kajian, sebelum diberikan penerangan khusus serta maklumat praktikal bagi memastikan pembayaran sewa dapat dibuat secara konsisten dan berdisiplin.

Iklan

Program berkenaan dirasmikan oleh Exco Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Penerangan dan Digital negeri, Asrul Aimran Abdul Jalil, yang turut menegaskan kepentingan data pemprofilan dalam membantu kerajaan mengenal pasti kumpulan sasaran yang memerlukan perhatian khusus, khususnya berkaitan isu sewaan PPR di Perlis.

Asrul Aimran yang juga ADUN Kayang berkata, pembayaran sewa dalam tempoh ditetapkan memainkan peranan penting dalam memastikan kerja-kerja penyelenggaraan serta penambahbaikan infrastruktur dapat dilaksanakan, sekali gus membolehkan penyewa mendiami kediaman dalam keadaan yang selesa dan selamat.

Iklan

Dapatan kajian yang dibentangkan turut menunjukkan bahawa perubahan sikap penyewa merupakan faktor kritikal dalam mengelakkan tunggakan sewa, selain keperluan kefahaman yang jelas mengenai tanggungjawab kewangan masing-masing.

Turut terlibat dalam program itu ialah Prof Madya Ts Dr Mohammad Harith Amlus, yang menjalankan fungsi sebagai Dekan Fakulti Perniagaan UniMAP, serta Mohd Faizol Abdul Rahman mewakili Perbadanan Produktiviti Malaysia, yang menyumbang kepakaran dari sudut produktiviti dan pengurusan.

Sebagai pelengkap, penyewa turut diberi pendedahan pengurusan kewangan asas, termasuk kaedah merancang perbelanjaan dan mengurus komitmen bulanan dengan lebih sistematik.